Saturday, July 23, 2011

Reban Aku Jadi Tumpuan

Salam, hari ni 23 Julai 2011, tempat aku kejer buat open day tau hari terbuka so banyak la aktiviti dan pameran diadakan. Disebabkan itu ramai la pengunjung yang datang ke tempat kejer aku ni, maklum la pusat pengajian pulak tu.. so secara tak langsung ramai jugak la yg singgah di reban aku, nampak gaya ramai jgak yg tertarik dengan kepelbagaian jenis yam eksotik yang terdapat di reban aku tu.. walaupun sebenarnya cuma ada 5-6 jenis jer.. dari buah butir percakapan mereka ni jelaslah bahawa mereka ssedang tertanya-tanya ayam jenis apa yang aku bela tu..ada yang tak pernah tengok pun ayam tu.. ada yg kata ayam kacuk, ada yang kata ayam hutan, ada yang kata ayam gajah.. ikut suka depa la asal jangan tangkap bawak balik dah ler... sepatutnya mmg aku tak benarkan sapa2 dtg dekat ngan reban tu tp nak buat mcmana, diaorg pun dah minat nak tgk takkan nak tahan.. tambahan kalau ada anak atau bebudak.. mmg ditariknya tangan ke reban aku tu.. so secara tak langsung aku rasa cam aku tak kesorangan dalam meminati ayam eksotik ni.. lg 10 tahun akan datang aku akan ada ramai kengkawan sehobi dgn aku tak kira umur :) Berikut aku sempat snap telatah diaorg time melawat reban aku tu.. saksikan..























































Thursday, July 21, 2011

Giant Cochin + Ayam Siam

Salam, kali ni aku nak perkenalkan baka baru dari reban aku hehe... Baka kacukan antara dua jenis ayam. Bapak dari Thailand n ibunya dari China. Aku dah berjaya hasilkan anak kacukan ayam laga siam baka ujung dengan giant cochin. Hasilnya anak yg menetas tu ada bulu kaki yg agak panjang dan tinggi serta solid. Tak sabar tunggu mereka ni besar utk tgk hasil sebenar. Pada umur 6 bulan nanti aku akan dapat lihat la rupa mereka ni mcmana.. harap2 cantik la.. aku tak bercadang nak menjualpun lagik sbb baka kacuk ni kekadang tak jadik, so biar aku simpan dulu.. umur anak2 ayam tu sekarang baru sebulan lebih.. kalau ada kesempatan aku akan cuba hasilkan ayam siam yg berbulu kaki panjang supaya sesuai utk hiasan. So org takder la buat ayam laga lagi, kesian ayam kena gaduh sesama sendirik :( Kalau tgk bapaknya warna to'on maksudnya badan hitam n bulu leher n belakang satu set merah tua. Manakala ibunya mmg hampir buff maksudnya satu sut perang cair. Anak2 banyak ikut ibunya dari segi warna n bulu kaki tp aku tgk tubuh lebih mirip bapak. Jadi, ayam ni akan lebih mirip ayam laga baka ujung.. cuma berbulu kaki jer. Berikut aku sertakan foto2 yg berkaitan cerita aku ni.













Anak Silver Bantam Jantan Utk Dijual (SOLD)

Salam, berikut adalah anak silver sebright jantan yg masih tinggal untuk dijual. Minta maaf byk2 kepada pengunjung blog yg harap aku dapat jual secara berpasangan, sbb bila check hanya jantan jer yg jadik.. so aku jual tak la mahal sgt, cukup sekadar boleh akad jual beli dengan senang hati di kedua-dua pihak. Aku dengar ada pengusaha yg cekik darah time jual ayam ni, umur 3 bulan dah jual sepasang rm600.. aku harap aku takkan jadik camtu.. kesian kat pembeli. Ada yg dapat yg tak original pulak tu, bila mintak tukar tak bagi.. hati2 dgn org camni.. dengarnya dia beroperasi di Sg buloh.. ada ramai yg dah terkena. Aku kalau tak ori ckp jer tak ori, kalau pelanggan nak jugak jual jer la murah2.. Yg penting akad tu jelas. Kita org Islam la.. Buat apa nak tipu, dah jadi tabiat bawak ke mati nanti. Buat pengunjung blog aku ni, aku sekadar berpesan, sabar jap n berurusan lah dgn penjual yg bertanggungjawab, jgn disbbkan tak sabar, duit anda melayang.. sakit ati pun dapat.. belajar kenal ayam dulu baru beli. Aku bukan apa kesian kat kawan2 yg dah terkena.. org Melayu ni bukan byk sgt duit, dikenakan pulak oleh org Melayu jugak.. niat nak cari duit utk anak bini last2 kena tipu... aduhhh. Di sini aku berikan nama penjual ayam eksotik yg aku rasa jujur selama aku berurusan.



1. En Mat - Ramal Pets Shop, Sg Ramal Dalam, Kajang, Selangor.



2. En Man - Sg Petani, Kedah.



2 org ni jer yg aku percaya setakat ni, yg lain samada aku tak percaya langsung, tak percaya sangat atau tak kenal langsung.



p/s : Mintak maaf cakap lah kepada yg terasa hati, tak sanggup tgk Melayu makan Melayu.



Berikut adalah anak silver bantam yg ingin dijual :




Foto 1 : Umur sebulan lebih. RM100 (SOLD)




Foto 2 : Umur 2 bulan lebih dah.. RM 150.. (SOLD)

Jual Anak Silver Bantam Jantan

Salam, silver bantam aku yang nak dijual hujung bulan 7 ni rupa-rupanya jantan semua, sikit frust.. ingat boleh jual sepasang-sepasang tp hampeh.. aku mulanya ingat tadak org nak.. rupanya ada jugak org berminat.. so aku jual la kat Ust Ikbal ni.. Sekor umur sebulan, sekor lg umur sebulan lebih.. sekor rm 100 jer aku amik. lepas tu Ust Ikbal amik sekor lg serama betina dara aku, pun rm100 jugak aku jual sbb mmg baka cantik n sihat.. sekarang aku ada 2 ekor lagi jantan nak jual.. sekor umur sebulan lebih n sekor umur 2 bulan lebih dah.. sapa nak anak silver jantan call la aku sementara stok masih ada. Harap lepas ni jadik betina la banyak sbb tak sanggup dah asyik jadik jantan jer.. kurang la duit masyukkk :(



Rm100 jer.. umur dah 3 bulan lebih..



Ni pun Ust Ikbal amik jugak.. umur sebulan lebih.

Wednesday, July 20, 2011

Pied Lahore Pigeon For Sale (SOLD)

Salam, aku nak jual anak merpati ni, sepasang elok2 dah.. tak mahal pun RM100 jer sepasang tu.. baka lahore + fantail.. yang bulu kaki panjang tu jantan.. mmg comel n baik hati. Siapa berminat call la aku (012-5245002).. :) Burung sihat n hasil pembiakan di reban aku sendiri.. dijamin halal.


Saturday, July 9, 2011

Silver Button Quail Nak Jual ( Ada 6 ekor lg )

Salam, aku nak jual puyuh kecik aku.. tp yg betina jer.. sbb dah banyak sgt betina samapai tak larat nak jaga.. aku cuma ada 3 jantan.. n kalau tak silap ada 15 betina.. nak jual tinggal 6 ekor jer.. siapa cepat dia dapat.. Harga standard RM40 sekor, puyuh sihat walafiat n jinak.. cepat2. call aku di 012-5245002..



Saturday, July 2, 2011

Silver Bantam Jantan Nak Jual ( SOLD )

Salam, disebabkan aku dah ada terlebih jantan so aku nak bukak jualan untuk silver sebright jantan aku yg sekor ni, dah matang n mengawan dgn baik. Umur dalam 8 bulan. Sekor ni jer nak jual sbb dah ada anak, so nak fokus kepada 2 pasang jer induk utk hasilkan benih. Harga aku bagi utk rakan pelawat blog aku ni RM250 dah la.. sapa nak boleh call aku 012-5245002 (nizam). Ayam boleh ambil kat Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam atau Bangi dan sekitar Kajang. TQ.



Light Brahma

Salam n selamat sejahtera.. semalam light brahma yg aku oder dah sampai so akupun pi la amik.. En Suresh yg bertanggungjawab membawa masuk spesis-spesis unggas hiasan ni dari Holand mmg sgt2 byk membantu dan beliau mmg sgt profeional dalam melayan pelanggan. Sebenarnya dah lama aku oder ayam dari dia cuma tak berpeluang dia nak bawak masuk.. kali ni ada rezki aku so sambar la.. time aku melawat reban transit beliau dekat dengan kawasan tol Behrang, mmg luas jugak, yg ada kat situ adalah lembu, kambing, merak putih dan cameo, parrot dan ayam seperti black giant cochin serta light brahma. Beliau jugak bawak aku tgk kawasan dari depan ladang hingga ke belakang, mmg bagus dia ni. Tq buat En Suresh.. Berbalik kepada cerita light brahma aku tadi, ayam brahma ni berasal dari India sebenarnya tp sepengetahuan aku berdasarkan bacaan di internet, dulu ayam ni tak la sebesar n sedebab cam ni tp bila di bawa ke Eropah ia di kacukkan supaya dapat hasilkan daging dan telur yg banyak. Menyebabkan ia menjadi antara ayam terbesar dan terberat di dunia selepas Jersey Giant. Berikut aku sertakan gambar light brahma aku, umur baru dalam 4 bulan rasanya :








Ni pulak adalah standard light brahma yang aku copy dari internet.