Thursday, August 30, 2012

Anak Merpati Reversewing Hitam

Dah lama tunggu, sekor jer anak reversewing kuar.. satu telur lg tembelang la pulak.  Takper asalkan jadik.. nak kena tunggu lagi la pulak.  Anak yg sekor ni aku bagi silver lahore yg jaga, alhamdulillah dia jaga dgn baik.  Dah besar dah pun... tubuh mmg gadang lah sbb ikut bapaknya yg mmg pure import.. harap jadi betina sbb peratus nak jadik jantan mg tinggi kalau tetas sekor.  Lain kali kalau tetas sekor takper la kalau jantanpun sbb jantan cepat matang.  Sepanjang pemerhatian aku, anak reversewing ni tak banyak kerenah.. duduk diam jer dalam sarang, takder pulak berak byk2 dalam sarang, kalau dia nak berak mesti dia halakan ke luar sarang, pandai jugak yek.. lg satu dia ni mmg makan pun tak bersepah.. aku tgk tertib jer cara mintak makan kat mak n ayah angkat dia tu.  Alhamdulillah dia sihat walafiat... harap kekal sihat sampai beranak pinak.  Mak n ayahnya dah dapat adik baru dah, baru 2 hari.. ada dua ekor... jangankan kata tumbuh bulu, matapun belum bukak lagi.. tak sabar nak tgk rupa adik2 dia ni.. kaler apa la pulak nanti... ni kat bawah ada aku sertakan foto anak reversewing hitam tu.
 
 

Anak-anak Ayam Red Rosecomb

Aku dah lama teringin nak hasilkan baka rosecomb yg beraneka warna sbb bg aku mmg baka yg byk kaler ni ada nilai yg tersendiri.  Usaha aku kini dah berhasil dgn adanya anak rosecomb merah hasil kacukan dengan induk berdarah ayam hutan.. aku harap anak2 kan jadi pelapis dan pembaka yg dasyat satu hari nanti sbb selain nak hasilkan red rosecomb aku jugak nak pastikan badan rosecomb ni menjadi semakin kecil dgn ekor yang lebat serta tubuh yang agak tegak.. anak jantan yg dalam gambar di bawah tu dah ada ciri2 tubuh kecil dan tegak so aku nak tgk la perkembangan ekornya.. adakah akan lebat atau sebaliknya.  Kalau kat US, ayam red rosecomb dah byk dibiakkan, malah terdapat pelbagai variasi rosecomb dah pun cuma kita jer tak main lagi.. insya Allah lepas ni jo kita lak main :)
 

Anak Merpati Pomeranian Merah

Dah lama aku tunggu akhirnya termakbul jugak doa untuk tengok sepasang anak pomeranian aku tetas dan hidup sihat, dah beberapa kali tak berapa nak jadik, kali ni baru tetas dan hidup keduanya... Merpati pomeranian adalah salah satu baka merpati yang sgt aku gemari kerana bentuk tubuhnya yang nampak tegak bergaya dan gagah di samping 'belon' nya yang besar serta berbulu kaki.. inuk yg aku beli dari Issam Puchong ni mmg tak mengecewakan.. kedua2 anaknya keluar menjadi pomer merah, mmg bergaya habis.  Dulu pernah jadik sekor biru dan sekor light grey.. tp sayangnya kedua2nya mati masa umur tak sampai sebulan sbb aku bagi induk fantail jaga.  Mungkin ada jangkitan baktria sbb induk fantail tu pernah sakit satu masa dulu.  Kali ni aku biar mak n ayahnya sendiri yang jaga.. alhamdulillah berhasil.  Kat bawah ni aku sertakan gambar pomer aku tu :)
 

Merpati Satinette Tetas Lagi

Syukur alhamdulillah, merpati satinette tetas lagi, pasangan anak pertama aku dah jual, ni tiba yang kedua dah.. dan 2 hari lepas ibunya bertelur lagi dan tengah mengeram sekarang.  Istimewanya baka satinette ni adalah ia sangat comel hehe.. paruh pendek jer cam pipit.  Selain tu warnanya yang simetri sangat memukau ditambah pula dengan laced yang terhasil pada bulu kepaknya.  Pasangan yang aku ada ni mmg diimport dari Pakistan so anak2 ni adalah anak baka import yg mana saiznya agak besar berbanding baka tempatan yang tidak dijaga bloodline nya.. apa beza baka yg dijaga bloodlinenya dan baka yg tidak dijaga bloodlinenya? nanti kita cerita bab tu.. akupun baru belajar n praktikkan dalam setahun dua ni jer.. :) Berikut adalah foto pasangan satinette yang sedang bagi makan anak2 nya...
 
 

Tuesday, August 28, 2012

Anak Ayam Belanda Untuk Dijual

Salam Syawal kepada semua pelawat blog aku di bulan perayaan ini, lama betul aku tak update blog, sepanjang Ramadhan mmg tak sempat nak update.. byk foto2 yang aku ambil berkenaan aktiviti aku kat reban ttp cuma aku simpan jer sbb tak sempat nak karang cerita.. aku tak bercadang nak ulas semula secara terperinci berkenaan apa yg dah berlaku sepanjang kesibukan aku tp kalau ada yg berkenaan akan aku cerita la jugak.. buat masa sekarang aku sibuk mulakan semula proses buat incubator memandangkan sepanjang ramadan aku mmg tak berkesempatan.. harap semua tempahan dapat aku siapkan dalam bulan ni jugak.  Perlu sokongan semua :).  Update aku kali ni adalah berkenaan anak ayam belanda nak dijual, ada 5 ekor jer pun.. saki baki sebelum balik cuti raya hari tu.. dah 2 minggu umurnya, sekor RM 15.. datang sendiri leh la tawar skit :) biasalah kawan2.. kat bawah ni fotonya.. selain tu anak ayam mutiara sama umur ada jugak 4 ekor.. sapa2 berminat leh la..